Informasi


INFO


Pelajar didedahkan dengan teknologi kimpalan gas dan arka.

Meliputi pengetahuan dan pemahaman tentang fakta, konsep, prinsip, terminologi, proses dan prosedur amalan kerja kimpalan.

Pelajar juga didedahkan dengan teknik melukis lukisan geometri. 

Kimpalan merupakan kaedah sambungan antara dua atau lebih logam yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal, industri automotif dan sebagainya. Mata pelajaran diambil : Teras1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Sains Gunaan 5. Sejarah 6. Pendidikan Islam / Moral 7. Pendidikan Jsamani & Kesihatan 8. Sivik Elektif 1. Kimpalan Arka 2. Kimpalan Gas Objektif: Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep / prinsip, terminology, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan arka.

Menggunakan pengetahuan dalam bidang kimpalan arka untuk membentuk pendapat yang rasional berhubung dengan masalah-masalah yang terdapat dalam bidang kimpalan. Melahirkan minat dalam bidang kimpalan arka dan lukisan geometri serta dapat memenuhi kerjaya dalam bidang ini. Memperkembangkan pemikiran kreatif menerusi aktiviti intelektual dan praktikal. Menggunakan pelbagai peralatan kimpalan, pemotongan, aksesori dan alatan ujuan dengan berkesan. Bersikap bertanggungjawab, bekerjasama serta mementingkan keselamatan diri sendiri dan insan lain. Mampu menyelesaikan masalah berkaitan kimpalan mengikut tahap sukatan pelajaran.


No comments:

Post a Comment